top of page

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

SYARAT AM KEMASUKAN
 

  • Calon adalah warganegara Malaysia
     

 

  • Calon sihat tubuh badan
     

  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
     

  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
     

 

  • Calon bebas daripada masalah mental, dan
     

  • Calon mestilah berminat dengan program yang dipohon

SYARAT KHUSUS KEMASUKAN
 

  • Lulus Sijil Vokasional Malaysia; dan

 

  • memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mata pelajaran setara SPM termasuk Bahasa Melayu BM 1104

TEMPOH PENGAJIAN​

​

  • Tempoh pengajian diploma adalah selama 2 tahun 6 bulan

  • Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan

      kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM.

​

​

jadual diploma.PNG

BAHASA PENGANTAR

​

  • Bahasa Pengantar Utama adalah Bahasa Melayu.

  • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah digalakkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum.

KOMPONEN PENGAJIAN

​

  • Pelaksanaan pengajian diploma meliputi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara kuliah, praktikal dan tutorial, berdasarkan Student Learning Time (SLT) dan jam kredit bagi setiap kursus mengikut struktur kurikulum program yang ditawarkan.

​

  • Penawaran kursus diklasifikasi kepada empat (4) kategori yang terdiri daripada:

​

      -Kursus Wajib: Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU)

      -Kursus Teras: Modul spesifik disiplin dan umum

      -Kursus Elektif

      -On-The-Job Training (OJT)

​

  • Projek Tahun Akhir (PTA)

​

       Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar

       menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,                   perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian             

       mengikut kaedah-kaedah yang sesuai.

 

  • On-The-Job Training (OJT)

​

       Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau                  swasta yang wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh yang                  ditetapkan mengikut keperluan standard program pengajian

bottom of page